Monday, 27 February 2012

Di Ambang Pilihan Raya.


Ada sekali kami bersembang semasa break di pejabat takkala aku menikmati kesedapan kuih yang di belanja oleh rakan .., Ada sabahat yang membuka topik perbualan tentang politik tanah air .
1. Ray , (bukan nama sebenar) telah mendahului perbualan ..., katanya , apa la depa ni, tak boleh diam ke di saat nak dekat pilihan raya ni... masing-masing nak buat kenyataan ..,masing-masing nak tunjuk pandai.. kata dia.... Selepas itu disampuk oleh rakan lain .
2. Adam , (bukan nama sebenar) Betul la , macam-macam isu la kita dengar ..! Ada yang kena tangkap khalawat la, ada yang bergolak la..? ada yang di label Penyokong Israil la... ? Ni macam mana nak ke putra jaya , kalau macam ni nak ke petaling jaya pun belum tentu lagi ... ! hahahahaha... disambut
3. Ri, juga (bukan nama sebenar) kalau macam ni gayanya PR ni setakat pauh jaya je la..hehehe
Masuk rakan yang nampak berminat nak lempaq daun .
4. Din, (bukan nama sebenar hehehe biasa laa) Sepatutnya pemimpin PR ni perlu bersabar dari buat komen dan jaga tingkah laku sekarang ni , sebab BN tunggu masa je nak terkam , bila dah ada isu untuk bedal pemimpin Pakatan baru parlimen dibubarkan .., baru ada isu untuk pilihan raya kali ni.. 

Kesimpuannya apa yang aku dengar dan faham dikala politik ni diambang pembubaran parlimen sebarang isu akan mula dicipta dan direka , akan ada berbagai serangan untuk individu mahupun parti , tak kira pakatan rakyat mahupun BN ... masing-masing mencari isu yang boleh membawa pihak lawan tidak mendapat atau kurang mendapat sokongan . Apa pun boleh terjadi sekiranya politik kotor masih di gunakan , Dari segelintir rakyat yang matang sudah mengatahui cara politik lama ini .. namun bagi yang atas pagar masih mendengar dan melihat apa yang berlaku maka mereka akan terpengaruh pada isu yang dibangkitkan oleh mereka yang cuba menjatuhkan pihak lawan ...

Bagi PR perlulah berhati-hati tak kira sapa pun boleh menjadi mangsa mereka sekiranya kalian gagal mengesan sesuatu perancangan musuh ,sudah pasti akan terperangkap . Maka disini kami (bukan nama sebenar diatas) menyeru kepada semua pemimpin PAS , PKR dan DAP supaya hentikan berbalah sesama kamu , beralah bukan bermakna kamu kalah.., Kurangkan membuat kenyataan yang bakal diselewengkan dan disalahtafsirkan oleh musuh politik kamu.., Kalau sekiranya kalian boleh mengesan lebih awal kenyataan yang kalian keluarkan boleh mengelirukan rakyat, jika diseleweng kenyataan tersebut maka ia boleh memberi kredit kepada pihak musuh politik kamu . Jadi kamu perlu berwaspada dan berfikir dahulu impak positif dan negatif sebelum berkata-kata.. Perancangan awal adalah penting supaya tidak termasuk kedalam perangkap musuh yang sentiasa cuba memerhati untuk mencari ruang dan peluang kalian .. Ini pesanan dari rakyat untuk melihat perubahan.

Tulus ikhlas dari kami (bukan nama sebenar)
NGO gerakan :\"tak gerak tak makan"

3 ulasan:

  1. besh la entry ko bro, tu la pemimpin PR ni, asal boleh bercakap saja semua nak cakap, huloq microphone mula tersengeh nak cakap, BN tunggu bola tanggung saja nak libas..Limau purut tiga serangkai, simpan kat perut pakai la akai..

    ReplyDelete
  2. Hahaha pantun lu bro dasyat la.. ko ni ekonomi tapi bila marah boleh tukaq aliran sastra....
    Lain kali Pemimpin PR ni sebelum parlimen dibubarkan .., depa kena buat macam ni .., bagi je microphone depa kena sengeh je ..dah cukup ..

    ReplyDelete
  3. salam sahabat..

    saya teringat satu hadis nabi

    sabda Baginda SAW."Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya.Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya.Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya"

    Allah lebih mengetahui

    ReplyDelete