Saturday, 9 February 2013

KRISIS GAJI MINIMA , PRO & CONTRA .

Sekarang sudah bulan 10 Feb 2013. Namun masih ada lagi syarikat yang tak mengikuti syarat baru gaji minima yang di luluskan kerajaan . Masih ada lagi syarikat yang mengambil kesempatan dalam keputusan gaji minima tersebut . Lebih malang lagi sekiranya pekara itu terjadi terhadap warga negara malaysia .
Bagi pekerja yang sudah lama akan terkesan terhadap gaji minima nin kerana sekiranya mereka mendapat
gaji sebelum ini rm700 atau rm800 dengan kenaikan rm100 mereka telah mencapai target gaji minima rm900. Namun mereka akan hilang banyak elaun lain yang sebelum ini mereka dapat........

Keputusan gaji minima ini bagus bagi pekerja baru namun tidak kepada pekerja yang sudah lama dalam satu-satu syarikat itu .. Mungkin syarikat perlu memberi satu imbuhan lain atau kenaikan yang setimpal dengan kenaikan yang baru supaya imbuhan atau pendapatan mereka tidak mengecewakan pihak pekerja yang sudah lama berkhidmat . 

dari pandangan Jihad Siber ...

No comments:

Post a Comment